Sabtu, Disember 15, 2012

Kek Red Velvet

Memang berbaloi. Penat lelah menyediakan Si Baldu Merah ni. Mulanya tak yakin jugak sebab macam-macam versi Zita dengar pasal kek ni. Ada yang suka. Tak kurang juga yang tak suka. Biasalah kan, citarasa orang memang tak sama. Kek yang sedap bagi Zita. Nak membuatnya pun boleh tahan. Bila dah dapat hasil puas hati yang teramat. 

Kek pertama yang Zita buat...

Cantik tak



Yang ini, kek untuk family..tak puas hati hari tu..tak cukup




Yang ini tempahan dari kakak ipar..sempena birthday Kakak





Yang ini pula tempahan dari kengkawan...tak sangka ada orang nak tempah
Tapi tak berapa puas hati la..merahnya kureng sikit..

Zita suka bunga aising dia. Cantik tak.










Sabtu, Disember 08, 2012

Chocolate Moist Cake

Zita tahu ramai di sini penggemar Kek Coklat. Kek yang lembab dilitupi dengan aising coklat yang melimpah ditambah dengan parutan coklat yang memenuhi kek membuatkan sesiapa saja terliur. Begitulah kuatnya pengaruh Kek Coklat ni. Termasuklah Zita sendiri. Sebenarnya resepi kek coklat moist ni sudah lama dalam simpanan Zita. Malah sudah berkali-kali jugak Zita mempraktisnya. Siap buat bisnes lagi. Bukan apa bila ramai yang kata sedap dan ramai yang request suruh buat, tak sampai hati pulak nak tolak. Anak-anak pulak asyik tanya bila mama nak buat kek coklat. Kesian pulak kan.

Kek ni Zita buat untuk anak saudara yang menyambut
birthday pada minggu lepas




Yang ini pulak Zita dapat tempahan dari kawan-kawan sepejabat.




Resepi : Kek Coklat Moist


Bahan-bahan:

Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1.  Satukan bahan A dan panaskan hingga semua bahan sebati kecuali telur. Tutup api.
2.  Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Gaul hingga sebati.
3.  Masukkan bahan B.
4.  Kukus selama 1 jam.

Topping:
Coklat masakan
Susu pekat manis (boleh digantikan dengan susu segar)
Sedikit butter

Cara-cara:
Double boiler kesemua bahan di atas. Apabila sebati bolehlah disapu ke atas kek. 





Jagung Crepe

Percubaan pertama membuat jagung crepe. Menjadi jugak. Sekarang ni demam durian crepe. Selain daripada durian macam-macam inti yang boleh dibuat seperti jagung, nangka, coklat, cream cheese. Semuanya sedap-sedap belaka. Cara pembuatannya pun tidaklah sesusah mana. Jadi anda kawan-kawan di luar sana bolehlah turut mencuba. Oleh kerana anak-anak tidak berapa menggemari durian, Zita tukarkan durian dengan jagung. Sedap jugak. Kata orang kena dengan seleralah. Lepas ni boleh try durian pulak. Apa-apapun jom layan....

Sedia untuk dimakan

Comel kan..





Untuk crepe Zita gunakan campuran 4 jenis tepung. Untuk intinya pula Zita gunakan filling custard. Memang marvelous. Cubalah.

Untuk Resepi bolehlah merujuk kepada blog Masam Manis

Selasa, November 06, 2012

Tat Nenas Tahan Lama

Ramai merungut berkenaan masalah tat yang tidak mampu bertahan lama kerana ia mudah berkulat dan juga mudah hancur selepas satu hingga dua minggu selepas dibuat. Sebenarnya apa saja jenis biskut, mesti dibakar secukupnya hingga garing dan keemasan. Intinya pula mestilah dimasak hingga pekat dan likat. Perlu juga diingat nenas yang diparut mesti ditoskan sebahagian dari jusnya. Kemudian masak bersama gula dan kulit kayu manis dan masukkan sedikit mentega untuk rasa yang enak. Biarkan mendidih hingga pekat dan berkilat.

Isnin, November 05, 2012

Langkah Praktis Mendidik Anak-Anak

Sebelum Anak Dilahirkan
  • Benteng diri daripada sebarang maksiat sedari usia remaja.
  • Selektif dalam memilih pasangan. Bukan bermaksud terlalu memilih hingga menyusahkan proses membina rumah tangga, tetapi selektif disini perlu difokuskan kepada mencari pasangan yang beragama.
  • Menyebut nama Allah semasa 'bersama'.
  • Memilih tempat tinggal dalam lingkungan biah solehah dan tetangga yang juga baik.
  • Memberikan perhatian lebih semasa isteri hamil.
  • Memperbanyakkan amalan sunat semasa mengandung sama ada bagi ibu atau bakal ayah.
Selepas dilahirkan hingga berusia 7 tahun
  • Azan di telinga bayi lelaki yang baru lahir dan iqamat di telinga bayi perempuan.
  • Menyusukan bayi.
  • Tahnik.
  • Mengadakan aqiqah.
  • Mencukur rambut bayi dan mengeluarkan sedekah sesuai dengan timbangan rambutnya.
  • Memberikan nama yang indah dan baik.
  • Selalu mendoakannya dan memohon perlindungan untuknya.
  • Membiasakannya dengan sifat mahmudah dan menjauhkannya daripada sifat mazmumah.
  • Bermain dan bergurau dengan anak.
  • Memberikan makanan yang memenuhi ciri-ciri halalan toyyiba (halal lagi baik), memastikan kesihatannya, rehat yang cukup dan sebagainya.

Ahad, Februari 05, 2012

Tips Sarapan Sihat

  • Penyediaan bijirin seperti emping jagung yang juga boleh dicampurkan bersama dalam puding roti dan sebagainya selain kebiasaan mencampurkannya dengan susu.
  • Selain menyediakan bubur nasi, anda juga boleh menyediakan bubur daripada oat yang dicampurkan dengan ayam mahupun buah-buahan seperti strawberi ataupun oren.
  • Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobat merah, brokoli, daun seleri atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana tahap protein yang tinggi.
  • Minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapatkan sedikit kalsium.

TAHUKAH ANDA MENGAMBIL SARAPAN PAGI SEBENARNYA MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN KERANA IA MENGELAKKAN SESEORANG ITU DARIPADA MENGAMBIL MAKANAN RINGAN ATAU SNEK SEBELUM TIBA WAKTU MAKAN TENGAHARI. JADI PASTIKAN IANYA TIDAK BERLEMAK DAN TINGGI KOLESTROLNYA.

Sumber : Gas PETRONAS

Ketumbar Tahan Lama

Kita selalunya membeli ketumbar dalam kuantiti yang banyak. Untuk memastikan ketumbar yang tidak digunakan bertahan lama, apa kata anda membasuh ketumbar sehingga bersih. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali. Setelah kedengaran bunyi gemersik, barulah diangkat dan disejukkan. Masukkan dalam botol yang bersih dan kering serta simpan seperti biasa. Insyaallah, ketumbar akan tahan hingga berbulan-bulan lamanya.


Info : Majalah Seri Dewi Keluarga

Pelbagai Khasiat Pandan

Daun pandan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan khususnya untuk mendapatkan bau yang wangi serta jus hijau asli. Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahu rahsia batang pandan. Batang pandan sebenarnya dapat melembutkan daging yang liat ataupun ayam tua.  Caranya adalah dengan menumis bahan masakan seperti biasa dan kemudian masukkan ayam atau daging dan masukkan sekali batang pandan yang telah diketuk tetapi janganlah sampai hancur.  Masak seperti biasa dan insyaallah daging ataupun ayam tadi tidak akan menjadi liat sebaliknya lembut seperti biasa.


Info : Majalah Seri Dewi Keluarga

Mengatasi Nasi Lembik

Kadang kala nasi yang dimasak menjadi terlalu lembik seperti bubur. Usah risau atau membuangnya begitu saja kerana anda boleh menjadikannya seperti nasi biasa. Caranya adalah dengan meletakkan sebutir telur yang telah dibasuh dan letakkannya di tengah-tengah nasi yang dimasak. Tanamkan telur di dalamnya dan hasilnya nasi tersebut tidak akan menjadi lembik dan telur juga boleh dimakan seperti biasa.

Info dari : Majalah Seri Dewi Keluarga