Kelate Come Sokmo

Kelantan Darulnaim terletak di pantai timur semenanjung. Kelantan juga dikenali sebagai tanah serendah sekebun bunga. Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, dialu-alukan untuk berbuat demikian kerana selain tempat-tempat menarik, makanan yang enak, barangan yang terdapat di sini juga amat berbaloi-baloi untuk dimiliki. Jom melancong ke negeri yang unik ini.




Ini adalah Pasar Siti Khadijah yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Uniknya pasar ini adalah majoriti peniaga adalah wanita.







 



Nasi Kerabu, salah satu makanan tradisi rakyat Kelantan.









Wayang kulit warisan kebudayaan rakyat Kelantan.