Selasa, Februari 05, 2013

Nasi Tumpang

Bahan-bahan:
2 cawan beras
6 cawan air
1 ikat daun pisang
sedikit pencungkil gigi

Gulai Udang :
400g udang - dibuang kulit
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula pasir
1 1/2 cawan santan pekat
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
5 tangkai cili kering - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
1 bungkus bawang merah - dikisar

Serunding Ikan :
5 ekor ikan kembung - direbus, ambil isi dan ditumbuk
8 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
8 tangkai cili kering - dikisar
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam

Cara membuat :

1.  Nasi dimasak sambil dikacau selalu. Setelah masak ditekan-tekan dengan senduk. 
2.  Gulai : Satukan bahan kisar dengan santan, asam keping dan serai. Masak hingga pekat dan pecah minyak.
3.  Masukkan udang, garam dan gula pasir.
4.  Serunding : Jerangkan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga kering.

* Letakkan nasi berselangseli dengan lauk dan serunding dalam daun pisang.

Sumber : Aneka Masakan Kelantan, Alaf 21

Nasi Kerabu Kuning

Bahan Nasi :
4 pot beras
2 inci kunyit - diketuk
2 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan - disiat dan disimpul

Tumis kerabu :
6 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 sudu makan cili kisar
1 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
2 cawan santan
sedikit garam dan gula pasir
minyak masak

Sambal kelapa:
300g kelapa parut - digoreng dan ditumbuk sedikit
3 ekor ikan kembung - dibakar dan ambil isinya
1/2 inci halia
4 ulas bawang merah
3 batang serai
sedikit garam dan gula pasir
1/2 sudu makan lada hitam

Budu disatukan :
6 sudu makan budu
5 biji cili padi - dihiris halus
Sehiris limau nipis

Budu ulaman :
1 cawan tauge - dibuang ekor
1 tangkai daun kesum - dihiris halus
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1 batang timun - dihiris halus
4 batang kacang panjang - dipotong

CARA MEMBUATNYA ;

1.  Nasi : Masak air dengan kunyit hingga mendidih.
2.  Cuci beras, masukkan air kunyit, daun pandan serta serai.
3.  Masak nasi hingga kering. Perlahankan api dan tutup periuk.
4.  Tumis kerabu: Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia.
5.  Masukkan bawang merah, cili kisar dan serai. Tumis hingga garing.
6.  Masukkan santan dan asam keping. Kacau selalu hingga mendidih. Bubuh garam dan gula pasir.
     Kacau rata dan tutupkan api.
7.  Sambal kelapa: Tumbuk bawang merah, halia. lada hitam, serai, gula pasir dan garam hingga lumat.
8.  Kemudian masukkan kelapa dan digaul rata.

Sumber : Aneka Masakan Kelantan
               Terbitan Alaf 21

Sabtu, Disember 15, 2012

Kek Red Velvet

Memang berbaloi. Penat lelah menyediakan Si Baldu Merah ni. Mulanya tak yakin jugak sebab macam-macam versi Zita dengar pasal kek ni. Ada yang suka. Tak kurang juga yang tak suka. Biasalah kan, citarasa orang memang tak sama. Kek yang sedap bagi Zita. Nak membuatnya pun boleh tahan. Bila dah dapat hasil puas hati yang teramat. 

Kek pertama yang Zita buat...

Cantik tak



Yang ini, kek untuk family..tak puas hati hari tu..tak cukup




Yang ini tempahan dari kakak ipar..sempena birthday Kakak





Yang ini pula tempahan dari kengkawan...tak sangka ada orang nak tempah
Tapi tak berapa puas hati la..merahnya kureng sikit..

Zita suka bunga aising dia. Cantik tak.










Sabtu, Disember 08, 2012

Chocolate Moist Cake

Zita tahu ramai di sini penggemar Kek Coklat. Kek yang lembab dilitupi dengan aising coklat yang melimpah ditambah dengan parutan coklat yang memenuhi kek membuatkan sesiapa saja terliur. Begitulah kuatnya pengaruh Kek Coklat ni. Termasuklah Zita sendiri. Sebenarnya resepi kek coklat moist ni sudah lama dalam simpanan Zita. Malah sudah berkali-kali jugak Zita mempraktisnya. Siap buat bisnes lagi. Bukan apa bila ramai yang kata sedap dan ramai yang request suruh buat, tak sampai hati pulak nak tolak. Anak-anak pulak asyik tanya bila mama nak buat kek coklat. Kesian pulak kan.

Kek ni Zita buat untuk anak saudara yang menyambut
birthday pada minggu lepas




Yang ini pulak Zita dapat tempahan dari kawan-kawan sepejabat.




Resepi : Kek Coklat Moist


Bahan-bahan:

Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1.  Satukan bahan A dan panaskan hingga semua bahan sebati kecuali telur. Tutup api.
2.  Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Gaul hingga sebati.
3.  Masukkan bahan B.
4.  Kukus selama 1 jam.

Topping:
Coklat masakan
Susu pekat manis (boleh digantikan dengan susu segar)
Sedikit butter

Cara-cara:
Double boiler kesemua bahan di atas. Apabila sebati bolehlah disapu ke atas kek. 





Jagung Crepe

Percubaan pertama membuat jagung crepe. Menjadi jugak. Sekarang ni demam durian crepe. Selain daripada durian macam-macam inti yang boleh dibuat seperti jagung, nangka, coklat, cream cheese. Semuanya sedap-sedap belaka. Cara pembuatannya pun tidaklah sesusah mana. Jadi anda kawan-kawan di luar sana bolehlah turut mencuba. Oleh kerana anak-anak tidak berapa menggemari durian, Zita tukarkan durian dengan jagung. Sedap jugak. Kata orang kena dengan seleralah. Lepas ni boleh try durian pulak. Apa-apapun jom layan....

Sedia untuk dimakan

Comel kan..





Untuk crepe Zita gunakan campuran 4 jenis tepung. Untuk intinya pula Zita gunakan filling custard. Memang marvelous. Cubalah.

Untuk Resepi bolehlah merujuk kepada blog Masam Manis

Selasa, November 06, 2012

Tat Nenas Tahan Lama

Ramai merungut berkenaan masalah tat yang tidak mampu bertahan lama kerana ia mudah berkulat dan juga mudah hancur selepas satu hingga dua minggu selepas dibuat. Sebenarnya apa saja jenis biskut, mesti dibakar secukupnya hingga garing dan keemasan. Intinya pula mestilah dimasak hingga pekat dan likat. Perlu juga diingat nenas yang diparut mesti ditoskan sebahagian dari jusnya. Kemudian masak bersama gula dan kulit kayu manis dan masukkan sedikit mentega untuk rasa yang enak. Biarkan mendidih hingga pekat dan berkilat.

Isnin, November 05, 2012

Langkah Praktis Mendidik Anak-Anak

Sebelum Anak Dilahirkan
  • Benteng diri daripada sebarang maksiat sedari usia remaja.
  • Selektif dalam memilih pasangan. Bukan bermaksud terlalu memilih hingga menyusahkan proses membina rumah tangga, tetapi selektif disini perlu difokuskan kepada mencari pasangan yang beragama.
  • Menyebut nama Allah semasa 'bersama'.
  • Memilih tempat tinggal dalam lingkungan biah solehah dan tetangga yang juga baik.
  • Memberikan perhatian lebih semasa isteri hamil.
  • Memperbanyakkan amalan sunat semasa mengandung sama ada bagi ibu atau bakal ayah.
Selepas dilahirkan hingga berusia 7 tahun
  • Azan di telinga bayi lelaki yang baru lahir dan iqamat di telinga bayi perempuan.
  • Menyusukan bayi.
  • Tahnik.
  • Mengadakan aqiqah.
  • Mencukur rambut bayi dan mengeluarkan sedekah sesuai dengan timbangan rambutnya.
  • Memberikan nama yang indah dan baik.
  • Selalu mendoakannya dan memohon perlindungan untuknya.
  • Membiasakannya dengan sifat mahmudah dan menjauhkannya daripada sifat mazmumah.
  • Bermain dan bergurau dengan anak.
  • Memberikan makanan yang memenuhi ciri-ciri halalan toyyiba (halal lagi baik), memastikan kesihatannya, rehat yang cukup dan sebagainya.