Selasa, November 06, 2012

Tat Nenas Tahan Lama

Ramai merungut berkenaan masalah tat yang tidak mampu bertahan lama kerana ia mudah berkulat dan juga mudah hancur selepas satu hingga dua minggu selepas dibuat. Sebenarnya apa saja jenis biskut, mesti dibakar secukupnya hingga garing dan keemasan. Intinya pula mestilah dimasak hingga pekat dan likat. Perlu juga diingat nenas yang diparut mesti ditoskan sebahagian dari jusnya. Kemudian masak bersama gula dan kulit kayu manis dan masukkan sedikit mentega untuk rasa yang enak. Biarkan mendidih hingga pekat dan berkilat.

Isnin, November 05, 2012

Langkah Praktis Mendidik Anak-Anak

Sebelum Anak Dilahirkan
  • Benteng diri daripada sebarang maksiat sedari usia remaja.
  • Selektif dalam memilih pasangan. Bukan bermaksud terlalu memilih hingga menyusahkan proses membina rumah tangga, tetapi selektif disini perlu difokuskan kepada mencari pasangan yang beragama.
  • Menyebut nama Allah semasa 'bersama'.
  • Memilih tempat tinggal dalam lingkungan biah solehah dan tetangga yang juga baik.
  • Memberikan perhatian lebih semasa isteri hamil.
  • Memperbanyakkan amalan sunat semasa mengandung sama ada bagi ibu atau bakal ayah.
Selepas dilahirkan hingga berusia 7 tahun
  • Azan di telinga bayi lelaki yang baru lahir dan iqamat di telinga bayi perempuan.
  • Menyusukan bayi.
  • Tahnik.
  • Mengadakan aqiqah.
  • Mencukur rambut bayi dan mengeluarkan sedekah sesuai dengan timbangan rambutnya.
  • Memberikan nama yang indah dan baik.
  • Selalu mendoakannya dan memohon perlindungan untuknya.
  • Membiasakannya dengan sifat mahmudah dan menjauhkannya daripada sifat mazmumah.
  • Bermain dan bergurau dengan anak.
  • Memberikan makanan yang memenuhi ciri-ciri halalan toyyiba (halal lagi baik), memastikan kesihatannya, rehat yang cukup dan sebagainya.