Sabtu, Disember 08, 2012

Chocolate Moist Cake

Zita tahu ramai di sini penggemar Kek Coklat. Kek yang lembab dilitupi dengan aising coklat yang melimpah ditambah dengan parutan coklat yang memenuhi kek membuatkan sesiapa saja terliur. Begitulah kuatnya pengaruh Kek Coklat ni. Termasuklah Zita sendiri. Sebenarnya resepi kek coklat moist ni sudah lama dalam simpanan Zita. Malah sudah berkali-kali jugak Zita mempraktisnya. Siap buat bisnes lagi. Bukan apa bila ramai yang kata sedap dan ramai yang request suruh buat, tak sampai hati pulak nak tolak. Anak-anak pulak asyik tanya bila mama nak buat kek coklat. Kesian pulak kan.

Kek ni Zita buat untuk anak saudara yang menyambut
birthday pada minggu lepas




Yang ini pulak Zita dapat tempahan dari kawan-kawan sepejabat.




Resepi : Kek Coklat Moist


Bahan-bahan:

Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1.  Satukan bahan A dan panaskan hingga semua bahan sebati kecuali telur. Tutup api.
2.  Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Gaul hingga sebati.
3.  Masukkan bahan B.
4.  Kukus selama 1 jam.

Topping:
Coklat masakan
Susu pekat manis (boleh digantikan dengan susu segar)
Sedikit butter

Cara-cara:
Double boiler kesemua bahan di atas. Apabila sebati bolehlah disapu ke atas kek. 





Tiada ulasan: