Ahad, Februari 05, 2012

Tips Sarapan Sihat

  • Penyediaan bijirin seperti emping jagung yang juga boleh dicampurkan bersama dalam puding roti dan sebagainya selain kebiasaan mencampurkannya dengan susu.
  • Selain menyediakan bubur nasi, anda juga boleh menyediakan bubur daripada oat yang dicampurkan dengan ayam mahupun buah-buahan seperti strawberi ataupun oren.
  • Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobat merah, brokoli, daun seleri atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana tahap protein yang tinggi.
  • Minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapatkan sedikit kalsium.

TAHUKAH ANDA MENGAMBIL SARAPAN PAGI SEBENARNYA MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN KERANA IA MENGELAKKAN SESEORANG ITU DARIPADA MENGAMBIL MAKANAN RINGAN ATAU SNEK SEBELUM TIBA WAKTU MAKAN TENGAHARI. JADI PASTIKAN IANYA TIDAK BERLEMAK DAN TINGGI KOLESTROLNYA.

Sumber : Gas PETRONAS

Ketumbar Tahan Lama

Kita selalunya membeli ketumbar dalam kuantiti yang banyak. Untuk memastikan ketumbar yang tidak digunakan bertahan lama, apa kata anda membasuh ketumbar sehingga bersih. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali. Setelah kedengaran bunyi gemersik, barulah diangkat dan disejukkan. Masukkan dalam botol yang bersih dan kering serta simpan seperti biasa. Insyaallah, ketumbar akan tahan hingga berbulan-bulan lamanya.


Info : Majalah Seri Dewi Keluarga

Pelbagai Khasiat Pandan

Daun pandan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan khususnya untuk mendapatkan bau yang wangi serta jus hijau asli. Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahu rahsia batang pandan. Batang pandan sebenarnya dapat melembutkan daging yang liat ataupun ayam tua.  Caranya adalah dengan menumis bahan masakan seperti biasa dan kemudian masukkan ayam atau daging dan masukkan sekali batang pandan yang telah diketuk tetapi janganlah sampai hancur.  Masak seperti biasa dan insyaallah daging ataupun ayam tadi tidak akan menjadi liat sebaliknya lembut seperti biasa.


Info : Majalah Seri Dewi Keluarga

Mengatasi Nasi Lembik

Kadang kala nasi yang dimasak menjadi terlalu lembik seperti bubur. Usah risau atau membuangnya begitu saja kerana anda boleh menjadikannya seperti nasi biasa. Caranya adalah dengan meletakkan sebutir telur yang telah dibasuh dan letakkannya di tengah-tengah nasi yang dimasak. Tanamkan telur di dalamnya dan hasilnya nasi tersebut tidak akan menjadi lembik dan telur juga boleh dimakan seperti biasa.

Info dari : Majalah Seri Dewi Keluarga