Ahad, Ogos 22, 2010

Panduan Mengajar Anak Solat

  1. Ajarkan anak kalimah tauhid sebelum mengajarnya solat.
  2. Ajarkan juga tentang rukun Islam, Iman dan Ihsan.
  3. Berikan input-input yang memberangsangkan tentang solat seperti kenapa kita disuruh solat, sejarah pensyariatan solat, cara solat, kesan positif daripada solat, azab kepada orang yang ingkar solat dan sebagainya.
  4. Bila boleh mula ajar anak solat ? Jawapannya ialah apabila anak sudah mula dapat meniru tingkah laku ibu bapanya.
  5. Latih anak mengikut setiap gerakan dalam solat terlebih dahulu walaup tanpa bacaan dalam solat.
  6. Ajar bacaan dalam solat bermula daripada bacaan yang pendek dan senang.
  7. Anak-anak boleh mula disuruh solat seawal usia 7 tahun. Oleh sebab itu, anak-anak mesti diajar solat sebelum mereka menyambut hari lahir ke 7 bukan apabila berumur 7 tahun.
  8. Ajar anak cara berwuduk terlebih dahulu.
  9. Lakukan bersama. Jangan sekadar menyuruh dan memerhatikan dari jauh, sebaliknya ambillah wuduk bersama anak dan solat bersama mereka.
  10. Hapuskan segala gangguan ketika anak sedang solat yang boleh mengalih perhatiannya daripada solat, contohnya tutup tv, jauhkan mainannya daripada tempat solat dan sebagainya.
  11. Bawa anak solat di masjid.
  12. Ingatkan anak-anak apabila waktu solat telah masuk. Sediakan takwim waktu solat, pasang radio dan sebagainya jika azan dari masjid atau surau berdekatan tidak didengari.
  13. Bersabar dalam mengajak anak solat dan menunaikan solat. Maksud firman Allah :"Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya." (Surah Taha 20:132)
  14. Targhib dan tarhib (reward and punishment). Reward tidak semestinya dengan material. Ingatkan juga mereka bahawa orang yang tidak solat merupakan bahan bakar api neraka.
  15. Anak-anak boleh dipukul sekiranya berumur 10 tahun tetapi tetap tidak solat.
  16. Ibu bapa juga perlu solat lima waktu sehari semalam tanpa ada yang luput.
  17. Sentiasa berdoa agar diberikan hidayah dan dijadikan Allah insan yang ringan tulang untuk solat.
Sumber : Majalah Solusi

Tiada ulasan: