Isnin, Ogos 23, 2010

Cara Membuat Jeruk Limau Nipis

Limau nipis dicelur dengan air panas, kemudian potong 4 tetapi jangan putus. Masukkan dalam botol dan campur gula, garam kasar dan cuka. Tutup dan biarkan selama 3 bulan.

Cara Membuat Kuih Bingka Lebih Sedap

Semasa proses membakar tambahlah 1 senduk kecil minyak masak dikacau dan barulah dibakar.

Cara Membuat Ketupat Pulut Lebih Sedap

Semasa memerah santan tambahkan 1 cawan air kelapa dan perahlah santan seperti biasa.

Cara Membuat Perisa Limau Sunkist

Kulit limau sunkist dijemur sehingga kering dan dikisar menjadi serbuk atau boleh juga dipotong kecil dan dimasak dengan 1 cawan gula dan 1 cawan air. Simpan didalam peti dan boleh digunakan untuk membuat perisa kek oren dan sebagainya.

Ahad, Ogos 22, 2010

Panduan Mengajar Anak Solat

  1. Ajarkan anak kalimah tauhid sebelum mengajarnya solat.
  2. Ajarkan juga tentang rukun Islam, Iman dan Ihsan.
  3. Berikan input-input yang memberangsangkan tentang solat seperti kenapa kita disuruh solat, sejarah pensyariatan solat, cara solat, kesan positif daripada solat, azab kepada orang yang ingkar solat dan sebagainya.
  4. Bila boleh mula ajar anak solat ? Jawapannya ialah apabila anak sudah mula dapat meniru tingkah laku ibu bapanya.
  5. Latih anak mengikut setiap gerakan dalam solat terlebih dahulu walaup tanpa bacaan dalam solat.
  6. Ajar bacaan dalam solat bermula daripada bacaan yang pendek dan senang.
  7. Anak-anak boleh mula disuruh solat seawal usia 7 tahun. Oleh sebab itu, anak-anak mesti diajar solat sebelum mereka menyambut hari lahir ke 7 bukan apabila berumur 7 tahun.
  8. Ajar anak cara berwuduk terlebih dahulu.
  9. Lakukan bersama. Jangan sekadar menyuruh dan memerhatikan dari jauh, sebaliknya ambillah wuduk bersama anak dan solat bersama mereka.
  10. Hapuskan segala gangguan ketika anak sedang solat yang boleh mengalih perhatiannya daripada solat, contohnya tutup tv, jauhkan mainannya daripada tempat solat dan sebagainya.
  11. Bawa anak solat di masjid.
  12. Ingatkan anak-anak apabila waktu solat telah masuk. Sediakan takwim waktu solat, pasang radio dan sebagainya jika azan dari masjid atau surau berdekatan tidak didengari.
  13. Bersabar dalam mengajak anak solat dan menunaikan solat. Maksud firman Allah :"Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya." (Surah Taha 20:132)
  14. Targhib dan tarhib (reward and punishment). Reward tidak semestinya dengan material. Ingatkan juga mereka bahawa orang yang tidak solat merupakan bahan bakar api neraka.
  15. Anak-anak boleh dipukul sekiranya berumur 10 tahun tetapi tetap tidak solat.
  16. Ibu bapa juga perlu solat lima waktu sehari semalam tanpa ada yang luput.
  17. Sentiasa berdoa agar diberikan hidayah dan dijadikan Allah insan yang ringan tulang untuk solat.
Sumber : Majalah Solusi

Rabu, Ogos 11, 2010

Pilihan Resepi

Zita menemui resepi ini dalam akhbar 'The Cook', Edisi Ogos 2009. Zita tertarik dengan suai padan resepi yang dimuatkan di dalam akhbar kecil ini dan ingin berkongsi bersama anda semua. Mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk hari raya ini. Untuk pengetahuan, akhbar 'The Cook' merupakan akhbar masakan pertama di Malaysia. Resepi penuh akan dimuatkan kemudian...
Set A
Nasi Dal
Daging Masak Merah
Cencaru Belah Belakang
Kari Daging
Pengat Pisang

Set B
Nasi Hujan Panas
Rendang Ayam
Kurma Daging
Acar Timun
Puding Roti

Set C
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Kari Dalca
Daging Masak Hitam
Buah Melaka

Set D
Nasi Minyak
Ayam Goreng Berempah
Daging Goreng Lada Hitam
Acar Rampai
Bubur Kacang
Air Bandung Selasih

Set E
Nasi Beriyani
Beriyani Daging
Kari Ikan
Udang Galah Masak Merah
Sagu Gula Melaka

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua...
Rasanya belum terlewat untuk Zita ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga puasa kita tahun ini lebih bererti daripada tahun sebelumnya....