Selasa, Julai 27, 2010

Mengenakkan sup tulang

Untuk menjimatkan masa dan gas semasa memasak sup tulang. Masukkan 1 sudu kecil gula pasir ke dalam masakan sup tulang. InsyaAllah sup tulang akan berasa lebih enak dan lembut ketika dimakan.

Bersihkan minyak di lantai

Untuk membersihkan minyak yang tumpah di lantai, ambil sedikit tepung gandum dan sedikit garam. Kemudian taburkan pada tempat yang berminyak itu.

Mengharumkan peti sejuk

Untuk mengatasi masalah peti sejuk berbau, masukkan dua atau tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan untuk beberapa hari. Sentiasa gantikan dengan kepingan roti yang baru.

Pinggan mangkuk harum dan bersih

Mencuci pinggan lebih mudah berbanding menghilangkan bau yang terlekat. Untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, perahkan air limau purut ke dalam sabun mencuci pinggan mangkuk dan cuci seperti biasa. Pinggan mangkuk bukan sahaja bersih tetapi berbau harum dan berkilat.

Mengharumkan ketupat

Ketupat yang wangi akan menambat selera lebih-lebih lagi jika dimakan bersama rendang. Untuk mendapatkan ketupat yang lazat dan berbau wangi, masukkan air kapur sireh pada beras yang telah dicuci bersih. Kemudian masukkan beras ke dalam sarang ketupat dan rebus dengan air merang yang telah dibakar, dihalus dan disaring. Dengan cara ini, ketupat menjadi lebih enak dan lazat.

Membersihkan kerang

Biasanya ramai yang mencuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan daun pisang. Tetapi selain daripada cara tersebut, terdapat satu lagi yang dapat menjamin kebersihan kerang iaitu menggunakan serbuk kunyit. Basuh kerang beberapa kali dengan mencampurkan serbuk kunyit dalam air basuhan. Dengan cara ini, kotoran yang melekat pasti akan hilang dan kerang akan menjadi lebih bersih.

Mengelakkan nasi mentah

Jika nasi yang dimasak terlebih air hingga menjadi mentah, letak plastik tahan panas di atas nasi. Plastik hendaklah menutupi permukaan nasi. Tuangkan air di atas plastik tetapi jangan biarkan tumpah ke atas nasi. Tutup periuk dan biarkan ia masak.

Hilangkan pedih mata

Pedihnya mata apabila dimasuki cili. Untuk menghilangkannya, letakkan mata yang dimasuki cili ke lutut sendiri. Biarkan mata dalam keadaan tersebut selama 5 hingga 10 saat. Ulangi langkah tersebut hingga kesan cili hilang. Selamat mencuba.

Daun sup tahan lama

Untuk mengekalkan kesegaran daun sup, cuci daun sup terlebih dahulu sehingga bersih. Potong dan simpan di dalam bekas yang tertutup rapat. Masukkan dalam peti ais. Dengan cara ini, ia akan bertahan lama lebih dari seminggu dan lambat layu.

Menanggalkan kesan getah nangka

Buah nangka memang enak dimakan. Namun menjadi masalah apabila hendak menanggalkan getah yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Untuk itu, setiap kali terkena getah nangka, anda hanya perlu menggosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang-kali sehingga bersih. InsyaAllah anda akan berpuas hati.

Sambal belacan lebih enak

Untuk mendapatkan sambal belacan yang lebih enak, dapatkan cili merah, cili hijau, cili padi, bawang putih dan tomato. Gorengkan terlebih dahulu sebelum dikisar atau ditumbuk bersama belacan yang telah dibakar. Perahkan limau untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

Udang Mentega

Bahan-bahan:

1kg udang besar (belah belakang tanpa putus)
1 sudu teh garam
1kg minyak (untuk menggoreng)
250g mentega tawar
6 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih (dicincang)
6 tangkai cili api (dicincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu teh garam
1 sudu teh sos ikan
3/4 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar gula


Cara-cara :

  1. Goreng udang yang telah dibersihkan dengan garam sehingga masak dan tos. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan susu bersama serbuk pati ayam sehingga kembang.
  3. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan.
  4. Tumiskan bawang putih sehingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.
  5. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa.
  6. Kacau sehingga bersarang dan garing.
  7. Tuang ke dalam tapis dan biarkan mentega sejat.
  8. Tuangkan ke atas udang dan hidangkan.

Hilangkan hanyir ikan sembilang

Perapkan ikan yang telah disiang dan dicuci bersih dengan tepung gandum dan air perahan limau nipis. Biarkan selama lima minit. Kemudian, cuci dengan air bersih.

Kentang goreng lebih rangup

Bagi mendapatkan kentang goreng yang lebih rangup, rendamkan kentang yang hendak digoreng dengan air panas yang baru saja mendidih. Biarkan beberapa minit. Kemudian goreng di dalam kuali yang berminyak penuh.

Jering lebih padat

Untuk mendapatkan jering yang lebih rangup dan berisi ketika dimakan, kupaskan kulit jering dan tanam didalam pasu selama dua hingga tiga hari. Keluarkan dan cuci untuk dimakan sebagai ulam.

Menanggalkan kesan hitam pada periuk

Menanggalkan kesan hitam agak sukar dan memudahkan kerja anda, ambil abu dan gosok dengan menggunakan sabut kelapa tanpa menggunakan air. Kemudian, barulah dibilas dengan air.

Isnin, Julai 19, 2010

Aising Fondant

Bahan-bahan :

1 sudu besar serbuk gelatin (pastikan halal)
60 ml air panas
125 ml sirap glukosa
1 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayuran
900 - 950 gm gula aising (diayak)
sedikit tepung jagung

Cara-cara :

  1. Tuangkan air kedalam periuk, taburkan gelatin. Biarkan selama 5 minit.
  2. Jerang atas api perlahan dan kacau hingga gelatin larut.
  3. Masukkan sirap, gliserin dan lemak sayuran. Kacau hingga semua lemak hampir cair.
  4. Ketepikan dari api. Bila semua lemak acair, biar suam sedikit.
  5. Campurkan sedikit demi sedikit gula aising, kacau sebati.
  6. Bila sukar dikacau, keluarkan dan uli atas papan pencanai yang ditabur gula aising. 
  7. Uli hingga aising bertekstur halus dan licin.
  8. Sapu permukaan kek dengan sedikit royal aising. Canai aising gelatin seterbal 1cm dan letak ke atas kek.
  9. Kemaskan tepi kelilingnya. Bubuh sedikit tepung jagung pada tapak tangan. Sapu di atas kek supaya aising berkilat.
  10. Ambil sedikit aising, warnakan kuning. Canai nipis dan gunakan acuan berkeluk dikelilingnya dan berlubang di tengahnya. Potong menjadi dua keping. Gunakan hujung lidi koktel untuk membentuk alunan pada hujung aising.
  11. Sapu sedikit air pada bahagian yang lurus kemudian lekatkan di tepi kek. Ulangi sebanyak 3 lapisan. Lapisan tengah lebih pudar daripada lapisan bawah.
  12. Isikan aising royal ke dalam beg piping kemudian picitkan corak di atas kek. Hiaskan dengan gugusan bunga mawar.

Ahad, Julai 18, 2010

Fondant

Bahan-bahan:

800gm gula aising - diayak 4 kali
60gm lemak sayuran
2 camb jus limau nipis
40ml air

Cara-cara:

Jerang 300 gm gula aising, lemak sayuran, jus limau dan air di dalam periuk. Kacau atas api sederhana perlahan hingga mendidih. Angkat. Tuangkan sedikit demi sedikit gula aising. Kacau hingga sebati (dan sukar mengacaunya dengan senduk). Uli atas papan pencanai batu marmar (tabur gula aising lagi) hingga menjadi lembut, halus dan tidak melekat.

Sabtu, Julai 17, 2010

Andai ku tahu - Unggu


















 andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

reff:
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Rabu, Julai 14, 2010

Mengenakkan bubur kacang

Goreng kacang hijau tanpa minyak terlebih dahulu sehingga agak garing. Kemudian rendam di dalam air lebih kurang dua jam supaya ia cepat kembang dan mudah dimasak. Anda akan dapati bubur kacang lebih enak.

Ayam lemak minang

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
2 sudu rempah biji
3 keping asam keping
30 tangkai cili padi
1 inci lengkuas
1 biji kelapa (perah santan secukupnya)
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara :

  1. Kisar bawang, halia, kunyit, serai, rempah biji, cili padi dan lengkuas hingga lumat.
  2. Kemudian, rebus ayam dan masukkan asam keping bersama bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Apabila ayam empuk, barulah masukkan santan.
  4. Akhir sekali taburkan sedikit garam dan serbuk perasa secukupnya.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :

5 ketul ayam
1 labu bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu cili kisar
1 biji telur
1 genggam tepung jagung
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Kisar bawang putih, halia, serai dan telur hingga sebati.
  2. Kemudian, tuangkan ramuan tadi ke atas ayam dan gaul hingga rata.
  3. Setelah itu, taburkan tepung ke atas ayam yang telah digaul dengan bahan kisar bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan garam.
  4. Gaul kembali ayam tadi sehingga nampak sebati.
  5. Perap ayam tersebut selama 20 minit kemudian goreng dengan minyak yang cukup panas.

Subhanallah

Cuba lihat pada titik di kalimah Allah ini selama 10 saat. Kemudian alihkan pandangan anda pada dinding yang kosong..lihatlah keajaibannya. ...
Subhanallah..
Betapa besarnya kuasa Allah S.W.T. Rasa kagum sangat dengan ilusi mata kurniaanNya ini..Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan deria yang sempurna....

Nasi Ayam Bermadu

Bahan-bahan :

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
Sedikit madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

Untuk hiasan :
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Daun salad/timun

Cara-cara :

1. Bersih ayam. Potong ikut suka.
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi
perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. 5. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
6. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak
penuh
7. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap
dan sedikit sup ayam tadi.

Selasa, Julai 13, 2010

Pulut Kuning

560 gram beras pulut
Sekeping asam gelugur
2 cam teh serbuk kunyit
Air secukupnya
2 helai daun pandan (disimpulkan)
250 ml santan pekat (dari sebiji kelapa)
1 1/2 camt. garam

1. Cuci pulut kemudian rendam 4 jam atau semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.
2. Ketepikan asam, kukus pulut dengan daun pandan kira-kira 30 minit atau hingga tiga suku masak.
3. Angkat pulut, letak di dalam mangkuk besar.
4. Gaul santan dan garam, kacau bersama pulut tadi.
5. Kukus semula selama 15 minit atau hingga masak.

Menghilangkan bau hangus

Bagi menghilangkan bau makanan yang hangus di dapur, gunakan kulit oren. Masukkan kulit oren itu dalam periuk yang berisi padu kecil. Tambahkan air dalam periuk dan biarkan mendidih. Bau yang menyegarkan itu dapat menghilangkan bau hangus tersebut.

Isnin, Julai 12, 2010

Ayam Goreng Gajus

Bahan-bahan:

1kg ayam tanpa tulang (dipotong)
10g biji jagung muda
3 biji lobak merah (dipotong memanjang)
10 biji cili kering (dipotong 2 dan digoreng)
100g kacang gajus
1/2 kg kubis bunga (dipotong kecil)

Bahan Sos:

4 ulas bawang merah besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong nipis)
20g pes tomyam
3 sudu besar sos tomato
sedikit gula
sedikit serbuk ayam

Cara Membuat:
  1. Gaul ayam yang telah dipotong dengan sedikit tepung jagung kemudian goreng sekejap.
  2. Tumis bawang, jagung, lobak merah dan bunga kubis dan masukkan kesemua bahan sos serta masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  3. Masukkan perasa dan kacang gajus serta cili kering yang telah digoreng.
  4. Hidangkan.

Hilangkan bintik hitam

Ambil dua biji telur, gunakan bahagian putihnya sahaja. Campurkan dengan sedikit bedak debu untuk menghilangkan bau hanyir. Kacau rata. Ambil kapas muka dan rendam dalam bancuhan telur tersebut. Kemudian tampal di muka hingga kering. Lepas itu bersihkan. Lakukan dua kali seminggu. InsyaAllah bintik hitam akan hilang.

Ahad, Julai 11, 2010

Mengeluarkan angin dalam badan

Angin di dalam tubuh membuatkan badan rasa tidak selesa. Cuba petua ini untuk membuang angin. Ambil beberapa biji bawang putih. Buang kulitnya dan hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama dua gelas air putih sehingga tinggal segelas. Amalkan meminumnya sebulan sekali.

Luka cepat sembuh

Ambil sebatang kulit kayu manis dan beberapa titik air. Asah dan gosok menggunakan batu lesung. Selepas diasah atau digosok, sapukan terus pada luka. Selain mempercepatkan penyembuhan luka, ia juga dapat mengelakkan parut berwarna hitam.

Mengubati masalah jerawat yang teruk

Ambil putih telur ayam kampung berserta kulitnya. Tumbuk kulit telur sehingga lumat. Campurkan putih telur dan kulit yang telah lumat untuk digunakan sebagai masker muka. Lakukan setiap malam. Dalam masa tiga minggu anda akan mendapati perubahan pada jerawat tadi.

Cempedak goreng lebih garing

Cempedak goreng yang rangup dan garing memang enak. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama dengan kopi panas. Untuk merangupkan cempedak, campurkan sebiji telur ayam yang dipukul bersama dengan sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung. Goreng cempedak seperti biasa. Cempedak goreng anda akan lebih garing, tidak berminyak dan sedap sekali.

Melazatkan ayam masak merah

Ayam masak merah memang enak jika dimakan dengan nasi beriani. Untuk menambahkan lagi kelazatan ayam masak merah, kisar cili dan ramuannya dengan menambah sebiji tomato atau sebatang lobak merah. Bukan sahaja enak tetapi lebih berkhasiat.

Mengharumkan peti sejuk

Untuk mengatasi masalah peti sejuk yang berbau, masukkan dua atau tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan untuk beberapa hari. Sentiasa gantikan dengan kepingan roti yang baru. Kini anda tidak perlu risau kerana peti sejuk anda tidak akan berbau lagi.

Menghilangkan lendir ikan keli

Basuh ikan keli dengan air yang bersih. Gosokkan ikan keli tadi dengan daun serai. Biarkan seketika dan basuh semula dengan air yang bersih.

Menghilangkan kutu beras

Bagi menghilangkan kutu beras yang sering kali terdapat di dalam bekas simpanan beras anda, mudah sahaja. Caranya ambil segenggam cili kering, potong dua dan gaulkan bersama beras yang disimpan. Biarkan cili kering tersebut.

Menghilangkan gatal keladi

Untuk menghilangkan rasa gatal pada sayur keladi, cuci dan rebus keladi dengan beberapa asam keping selama beberapa minit. Toskan airnya, kemudian masak seperti biasa.

Mengekalkan kelembapan kek

Untuk mengekalkan kelembapan kek, simpankan kek di dalam bekas yang tertutup bersama-sama sepotong roti.  Gantikan apabila roti kelihatan sudah kering.  Selain itu, anda boleh menyimpan kek bersama sebiji epal yang sudah dikupas. Untuk kek buah, lebih baik jika ia dibalut dengan kertas minyak ketika ia masih panas agar dapat menambahkan tekstur kek.

Sabtu, Julai 10, 2010

Tips kekalkan berat badan

Amalan pemakanan yang sihat disertai dengan diet serta senaman membantu anda menurunkan berat badan dan sekaligus dapat mengekalkan tahap kesihatan anda. Namun janganlah anda terlalu gembira setelah berjaya mengekalkan berat badan sehingga anda kelihatan langsing dan bergaya.

Tips dan amalan yang berguna

       Makan makanan ringan adalah satu kesalahan besar bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Kalau anda tergolong dalam kelompok mereka yang tidak boleh melupakan kudap-kudapan selepas makan malam, ada petua untuk mengelakkan anda berbuat demikian.

     Setiap kali anda teringin untuk mengunyah kudapan, buatlah secawan teh dengan tambahan  sedikit susu.  Pilihlah minuman rendah kalori tanpa gula dan karbohidrat.  Teh suam dan sedikit susu membantu mengurangkan rasa lapar. Selain itu, anda juga boleh memilih koko panas tanpa gula dan lebih baik anda memilih minuman panas daripada minuman sejuk.


Sumber : Mingguan Wanita

Everlasting Love - Gerald Joling

It looks like heaven to see you walk,
To see the way you're moving on
Sounds like an angel, when you talk
The words come out like in a song.

Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide.

It feels like heaven, to be with you
When you treat me like you do

Every minute of the day just with you I wanna stay, there will be no end..

We've got an everlasting love
So pure, divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
All the things I used to chase

Every minute of the day just with you
I wanna stay
There will be no end...

We've got an everlasting love
So pure, divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time.

Should you ever, should you ever
Have any doubt about you and me
Please don't ever, no love never
Don't hesitate to tell me how it should be

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

(An everlasting love
An everlasting love...)

Senyumlah selalu..