Selasa, Julai 27, 2010

Udang Mentega

Bahan-bahan:

1kg udang besar (belah belakang tanpa putus)
1 sudu teh garam
1kg minyak (untuk menggoreng)
250g mentega tawar
6 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih (dicincang)
6 tangkai cili api (dicincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu teh garam
1 sudu teh sos ikan
3/4 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar gula


Cara-cara :

  1. Goreng udang yang telah dibersihkan dengan garam sehingga masak dan tos. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan susu bersama serbuk pati ayam sehingga kembang.
  3. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan.
  4. Tumiskan bawang putih sehingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.
  5. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa.
  6. Kacau sehingga bersarang dan garing.
  7. Tuang ke dalam tapis dan biarkan mentega sejat.
  8. Tuangkan ke atas udang dan hidangkan.

Tiada ulasan: