Sabtu, Julai 10, 2010

Tips kekalkan berat badan

Amalan pemakanan yang sihat disertai dengan diet serta senaman membantu anda menurunkan berat badan dan sekaligus dapat mengekalkan tahap kesihatan anda. Namun janganlah anda terlalu gembira setelah berjaya mengekalkan berat badan sehingga anda kelihatan langsing dan bergaya.

Tips dan amalan yang berguna

       Makan makanan ringan adalah satu kesalahan besar bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Kalau anda tergolong dalam kelompok mereka yang tidak boleh melupakan kudap-kudapan selepas makan malam, ada petua untuk mengelakkan anda berbuat demikian.

     Setiap kali anda teringin untuk mengunyah kudapan, buatlah secawan teh dengan tambahan  sedikit susu.  Pilihlah minuman rendah kalori tanpa gula dan karbohidrat.  Teh suam dan sedikit susu membantu mengurangkan rasa lapar. Selain itu, anda juga boleh memilih koko panas tanpa gula dan lebih baik anda memilih minuman panas daripada minuman sejuk.


Sumber : Mingguan Wanita

Tiada ulasan: