Rabu, Julai 14, 2010

Nasi Ayam Bermadu

Bahan-bahan :

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
Sedikit madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

Untuk hiasan :
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Daun salad/timun

Cara-cara :

1. Bersih ayam. Potong ikut suka.
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi
perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. 5. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
6. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak
penuh
7. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap
dan sedikit sup ayam tadi.

Tiada ulasan: