Selasa, Julai 27, 2010

Mengharumkan ketupat

Ketupat yang wangi akan menambat selera lebih-lebih lagi jika dimakan bersama rendang. Untuk mendapatkan ketupat yang lazat dan berbau wangi, masukkan air kapur sireh pada beras yang telah dicuci bersih. Kemudian masukkan beras ke dalam sarang ketupat dan rebus dengan air merang yang telah dibakar, dihalus dan disaring. Dengan cara ini, ketupat menjadi lebih enak dan lazat.

Tiada ulasan: