Selasa, Julai 27, 2010

Membersihkan kerang

Biasanya ramai yang mencuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan daun pisang. Tetapi selain daripada cara tersebut, terdapat satu lagi yang dapat menjamin kebersihan kerang iaitu menggunakan serbuk kunyit. Basuh kerang beberapa kali dengan mencampurkan serbuk kunyit dalam air basuhan. Dengan cara ini, kotoran yang melekat pasti akan hilang dan kerang akan menjadi lebih bersih.

Tiada ulasan: