Rabu, Julai 14, 2010

Ayam lemak minang

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
2 sudu rempah biji
3 keping asam keping
30 tangkai cili padi
1 inci lengkuas
1 biji kelapa (perah santan secukupnya)
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara :

  1. Kisar bawang, halia, kunyit, serai, rempah biji, cili padi dan lengkuas hingga lumat.
  2. Kemudian, rebus ayam dan masukkan asam keping bersama bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Apabila ayam empuk, barulah masukkan santan.
  4. Akhir sekali taburkan sedikit garam dan serbuk perasa secukupnya.

Tiada ulasan: