Isnin, Julai 12, 2010

Ayam Goreng Gajus

Bahan-bahan:

1kg ayam tanpa tulang (dipotong)
10g biji jagung muda
3 biji lobak merah (dipotong memanjang)
10 biji cili kering (dipotong 2 dan digoreng)
100g kacang gajus
1/2 kg kubis bunga (dipotong kecil)

Bahan Sos:

4 ulas bawang merah besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong nipis)
20g pes tomyam
3 sudu besar sos tomato
sedikit gula
sedikit serbuk ayam

Cara Membuat:
  1. Gaul ayam yang telah dipotong dengan sedikit tepung jagung kemudian goreng sekejap.
  2. Tumis bawang, jagung, lobak merah dan bunga kubis dan masukkan kesemua bahan sos serta masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  3. Masukkan perasa dan kacang gajus serta cili kering yang telah digoreng.
  4. Hidangkan.

Tiada ulasan: