Rabu, Julai 14, 2010

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :

5 ketul ayam
1 labu bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu cili kisar
1 biji telur
1 genggam tepung jagung
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Kisar bawang putih, halia, serai dan telur hingga sebati.
  2. Kemudian, tuangkan ramuan tadi ke atas ayam dan gaul hingga rata.
  3. Setelah itu, taburkan tepung ke atas ayam yang telah digaul dengan bahan kisar bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan garam.
  4. Gaul kembali ayam tadi sehingga nampak sebati.
  5. Perap ayam tersebut selama 20 minit kemudian goreng dengan minyak yang cukup panas.

Tiada ulasan: